Sunday, December 25, 2011






 my niece n nephew ;)

Manik pearl





 lama tak update blogku ni...hohoho...
aku skng dah berjinak2 dlm jahit manik ni...hehee...sj menghobykan diri dgn keje2 yg bley dtg duit gak... ;p
kursus kawen dah g dah tp tak kawen lg *tak de jodoh lg ;(*
kursus manik pun dah g dah kt putrajaya.. bawah cikgu nik creation...bnyk gak yg aku blajr...certificate pun dah dpt...so dgn bangga nyer aku dah leh amik tmphn jhit manik...hohoho
(even tak de cert pun da bley amik tmphn gak...hahha)
gambr atas tu adalah design latest aku jahit manik pearl crumble u baju nikah kwn housemate aku,Ina..
time kasih Ina kerana menyerlahkan lg bakat jhit manik akak...hahha
design tu aku tak tau nak letak nama apa tp memandangkan design tu cam lebey kurang bj org2 masuk istana je so aku bglah nama....jeng jeng jeng
               design PEARL ISTANA'....hahahaha
tah pape jer nama manik...hoho
nti2 aku upload lg manik yg aku dah jhit kt baju sendiri (experiment kt bj sndiri dulu :p) n baju kawan2 aku ;)

Tuesday, March 1, 2011

KISAH MULUT CELUPAR GADIS DALAM BAS : TEMPAHKAN BILIK KE NERAKA JAHANAM

Kisah nie dipetik dari ZackZukhairi Notes -thanks to him
Wallahua'lam. Tak tau ni betul ke tidak cerita ni. Cuma jadikanlah pengajaran...jangan mencabar kekuasaan Allah SWT... 

PERNAH suatu ketika dahulu diceritakan tentang kisah mayat rentung dalam bas ! . Mengikut sumber yang dipercayai,mayat gadis itu adalah mayat seorang gadis yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas beberapa minit dia berada dalam bas dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.Kisah ini berlaku dalam sebuah bas yang baru saja berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang.Pada masa itu,seorang gadis ayu dan kelihatan begitu genit berumur dalam lingkungan 20an menaiki tangga bas dengan cara yang gak payah sikit kerana ia memakai skirt pendek dan cukup ketat menyebabkan pergerakkannya terhad bila melangkah.Dari bentuk rupa dan warna kulitnya,semua orang dapat mengagak bahawa gadis itu adalah anak Melayu dan sudah tentunya beragama Islam.Walau bagaimanapun dari bentuk pakaiannya bermini skirt,berbaju t-shirt yang menampakkan ketiak dan pusat serta fesyen rambutnya yang begitu menjolok mata menjadikan gerak gerinya dalam bas itu mendapat perhatian penumpang-penumpang lain.Semua mata yang berada dalam bas itu tertumpu kepadanya terutama mata lelaki sehingga ada yang terbeliak melihatnya.Gadis itu tidak ambil kisah kerana dia memang sudah menjangka dirinya akan menjadi tumpuan ramai.Memang itulah perkara yang sangat disenanginya.Secara kebetulan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang wanita tua bertudung kepala.Wanita tua yang sudah beruban putih di kepala itu memberi laluan kepadanya supaya duduk di tepi tingkap.Sambil menjeling kepada gadis genit yang berpakaian menjolok mata itu,wanita tua tersebut tiba-tiba bersuara secara yang tidak akan menyentuh perasaan orang lain .


" Anak,lebih elok kalau kamu berpakaian sopan yang sesuai dengan adat kita orang Melayu dan menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh agama kita Islam…" . Gadis genit yang baru duduk itu berpaling dan merenung muka perempuan tua tersebut dengan mata yang tidak berkedip-kedip.Dia tidak menjangka perempuan tua itu akan berkata begitu kepadanya yang tidak dikenali langsung.Dengan serta merta darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya itu memenuhi bahagian mukanya sehingga kelihatan merah yang amat ketara . Siapakah perempuan tua ini yang begitu lantang bermulut ' leser ' mengambil tahu hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya ? . Apakah hak dia berkata begitu kepada aku yang tidak dikenalinya ? kenapa dia begitu berani menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak teragak-agak lagi memberi nasihat kepada aku ? . Sambil merenung tepat ke muka orang tua yang sedang memandangnya itu,gadis itu pun menjawab dengan suran lantang secara mengejek ,

" Makcik…….Saya tak kenal siapa Makcik ni. Apa hak Makcik berkata begitu pada saya ? Mak ayah saya sendiri pun tak pernah cakap macam tu.Bila mati nanti kubur kita masing-masing makcik ooiii !! .Kalau nanti kubur makcik ada air-cond tentu makcik tak tau macam mana pulak kubur saya. Apa makcik ada memegang kunci pintu syurga ke sehingga dapat menentukan siapa yang akan masuk ke dalamnnya nanti ? " . Suaranya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh hampir-hampir semua penumpang dalam bas tersebut menyebabkan ramai yang merenung kepadanya dengan mulut terlopong.Sambil mengetapkan bibirnya menahan perasaan marah dia merenung lagi wajah perempuan tua yang pada masa itu hanya terdiam tidak menjangka gadis tersebut akan bertindak demikian . Secara spontan kemudiannya membuka beg tangan yang disandangnya lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dan menghulurkannya kepada perempuan tua tersebut .



" Nah……. Ini dia kad saya dengan nombor telefon sekali. Saya harap makcik boleh tolong bagi tahu Allah, saya ingin menempah satu bilik di neraka jahanam.Kalau boleh,mintak Allah terus menghubungi saya adakah bilik di neraka jahanam tu masih ada yang kosong ? " . Sungguhpun jawapan gadis itu sangat menghiris hati perempuan tua tersebut,namun ia hanya mendiamkan diri saja sambil mengambil kad yang dihulurkan kepadanya.Gadis itu menyambung lagi ,

" Saya tempah bilik dalam neraka jahanam tu sebab saya tahu tempat itu dah jahanam . Apa kita nak takut lagi ?..... Tolong telefon saya bila makcik dapat bilik temapahn saya dalam neraka jahanam tu… ok ? " .Katanya dengan nada mengejek sambil tersenyum sinis.Orang tua itu hanya terdiam dan tidak menjangka sama sekali seorang gadis genit seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sehingga bersedia mencabar kekuasaan Allah.Apa yang dapat dilakukannya Cuma mengurut dada sambil berisytighfar .Selepas itu kedua-duanya tidak berkata apa-apa lagi. Masing-masing mengelamun dengan cara tersendiri sehinggalah bas itu pun tiba ke perhentiannya di Bandar.Ketika semua orang sudah bangun untuk berjalan turun dari bas,kelihatan gadis genit itu masih tidur dengan kedudukan yang agak selesa.Pada mulanya perempuan tua tersebut ingin membiarkan saja,tetapi dirasakannya tidak sampai hati pula.Oleh itu dengan penuh hati-hati dia menghulurkan tangannya memegang bahu gadis itu sambil berkata ,

" Bangun nak…… kita dah sampai , " Reaksi gadis itu Cuma negatif saja kerana matanya masih tetap tertutup rapat.Perempuan tua itu menjadi semakin berani,lalu digoncang-goncangnya badan gadis itu,namun masih tetap tiada respon.Ia ternyata masih tidur.Apabila telah agak lama gadis itu masih tetap tidur juga menyebabkan pemandu bas itu menjadi tertarik hati lalu menghampiri perempuan tua itu sambil bertanya ,

" Kenapa Makcik ? "

" Kesian budak ni tidur lena betul.Dah sampai pun masih tak nak turun lagi," jawab orang tua itu . Merasa tertarik dengan kedudukan gadis itu dan cara matanya tertutup menyebabkan pemandu bas tersebut menghampirinya.Mulanya dia cuba memegang bahu gadis itu sambil menggoyang-goyangkannya.Apabila masih tiada reaksi apa-apa dia terus memegang tangan gadis itu .

" Ya Tuhan…!! Dia dah meninggal dunia…. " . Katanya terkejut .


Perempuan tua itu terkejut besar mendengar kata-kata pemandu bas itu tetapi dia hanya mendah tangan ke langit membaca surah Al-Fatihah.Pemandu bas itu turun dan sebentar kemudian datang semula dengan dua orang kawannya – Seorang lelaki dan seorang wanita.Mereka kemudiannya cuba mengangkat mayat gadis itu untuk di bawa turun tetapi satu kejadian aneh telah berlaku.Mayat gadis itu tiba-tiba kelihatan bertukar warna menjadi hitam legam seolah-olah renting dibakar api.Bila mereka cuba menyentuhnya untuk mengangkat,tangan mereka terasa kepanasan yang sangat luar biasa.Begitulah yang terjadi setiap kali mereka cuba menyentuhnya.Setelah tidak berjaya mengangkatnya mereka pun hanya menunggu pihak ambulans untuk menguruskan mayat tersebut.Dari kad pengenalan dalam beg tangannya diketahui bahawa gadis itu adalah anak seorang berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan urusan mengumpulkan wang dan mengejar kedudukan sehingga mereka tidak ada langsung masa terluang untuk mendidik anak mereka dengan asuhan agama yang cukup sempurna..Ketika kejadian tersebut berlaku dia baru 2 minggu pulang dari melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.Di Negara itu dia bebas lepas melakukan sekehendak hatinya tanpa ada sesiapa yang berani menentangnya.Nama yang tertulis pada Kad Pengenalannya sebagai nama seorang Islam hanya menentukan bakanya saja beragama Islam,sedangkan pada hakikatnya dia tidak mengerti apa-apa tentang Islam.


JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN SOMBONG.SESUNGGUHNYA ENGKAU TIADA DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN SAMPAI ENGKAU SETINGGI GUNUNG

( Surah Al – Israak Ayat 37 )

Monday, February 14, 2011

Kisah yg memberi pengajaran

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,". 

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Lima perkara aneh.

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Credit to :


nama-nama nabi

Ada 25 nama nabi yg patut kita tahu...nie masa sekolah dulu nie, ustaz ajaq hafal sambey nyanyi nama2 nie sebab wajib hafal sb masuk periksa..hahaha...teruk dak...bukan nak ingt sb utk knowledge..hahahaha
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yaakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.
Nie pulak nabi2 yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan tugasnya sebagai nabi :

1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.
nantikan cerita2 nabi AS nie ;)



Saturday, January 15, 2011

luahanku ;(

Pg ni aku semangt nak g keje even hari sabtu,semalm aku cuti,malas nak g keje tp lain plak klw hari sabtu..hahaha..aku suka keje hari sabtu wlaupun tak dpt ot sb ari sabtu nilah aku leh fokus buat keje aku sendiri,klw weekdays,nak buat keje sndiri tu aku rasa hanya 50% je sb ada je org interup keje aku...kejap2 org kt lab panggil,hplc rosak,pressure low lah....tak pun 'liyana, data missing','akak,nape data missing nie....'...huh...hangin je aku dengar...haihhhh...nak buat camne,bendalah tue da ada dlm jd aku...aku kena settle gak...kdg2 sehari nak troubleshoot bendalah2 tue...da la aku baru je blajar pasal hplc waters nie,sebelum ni aku guna agilent,expert gak la klw agilent tu...tambah2 klw integrate data guna chem station,aku memang expert la klw chemstation,nak tipu result tue memang lg expert guna chemstation...tp kt pharmaniaga nie gune 'empower'...aku memang tak tahu langsung pasal empower nie...agak lain gak dr chemstation...

dulu b4 aku stat guna hplc yg agilent punya,aku akan baca manual chemstation...pape prob bley settle sendiri tp skrang,aku da blur sgt2 ngn empower nie...tu tak masuk lg klw buat mv guna hplc method...klw dulu aku buat mv,buat ikut syarat lepas limit yg biro tetapkan saje...tp skng, mv tersgt2 detail...aku konfius giler2....pening jerrrrr...

td aku masuk lab bersemangat nak integrate data, da integate data utk linearity,tengok2 result....lc calibration plak tak linear...hampeh dan hampa giler2...trus aku down,aku cuba integrate lg...arghhhhh...tak dpt gak...ok fine...aku trus integrate utk specificity lak....dkt 2 jam inetgrate...ok la...result ok... pastu aku check balik parameter mana lak yg aku tak buat lg...fine,lod and loq blom buat lg....degradation sudy n stability pun tak buat lg...ok degradation n stability aku da faham teori n testing...boleh proceed la monday nie...

yg aku tensen lod n loq...sampai skng aku tak faham mcmna nak buat...klw dulu guna chemstation,key in jer nilai linearity tu,pastu akn kuar result utk lod n loq skali ngn t study pun chestation akan bg....

aku da pressure tengok lod n loq...aku masuk lab balik and settle calibration fume hood dulu...da habis aku trus angkat beg..blah...aku trus jd down sb aku tak dpt camna nak buat lod n loq n integrate utk linearity...tensen jer...aku tak leh pressure skng nie sb penah skali aku tensen sb keje dah bersin tahap cronik,selsema lg n doctor check pressure aku 180 over berapa tah....gile babas tinggi,skit lg je nak kena strok...doctor pesan suh rehat cukup2,jgn too pressure...whatever happen,dont too much pressure...haihhhhh....alhamdulillah Allah selamatkan aku,aku rasa klw da ajal aku,ondaway nak g klinik tu da mcm2 jd kat aku....terima kasih Ya Allah bg aku bernafas d muka bumi Mu lg....

banyak benda baru aku kena belajar...belajar sendiri tanpa guru yg betul..aku da muak belajar tanpa guru nie...da fed up sgt2 da sb masa first keje dulu pun aku da strugle giler2 sb nak dpt acredated utk food testing...kena buat mv n berguru dgn buku jer...cif chemist kt situ pun bukannya tlg sgt pun..ngajar benda tah pape...salah skit jer trus melenting..nyampah nengok kakak tue..

skarang aku kena kuat utk masa depan aku...apa yg aku tak faham aku stil boleh tanya kak nora lg even senior prc pun boleh tlg aku...bab2 menanya pasal keje yg aku betul2 tak tahu nie memang aku tak tahu malu...lantak la org nak ckp 'ko ni,ade je benda nak tanya aku' apa aku pedulu,aku tak tahu,aku tanya lah...tak payah la nak kedekut ilmu ngn sapa2 pun...aku sanggup tebalkan muka g tanya senior kt prc tue...da banyk prob yg aku tak leh handle,cina tu yg tolong aku...thanx so much la sb dia sudi tolong aku...ngehehehe

aku harap sgt2 yg tahun nie aku dapt buat keje aku dgn d best mungkin...pas aku da expert aku chow...cari keje lain la...hahahahah


-Liyana Gani-
16-jan-2011,12.38 am

Wednesday, January 5, 2011

dunia

aku suka lg bunkface yg baru nie bertajuk....jeng3...DUNIA

gelisah tak bermaya
manipulasi angkara kita
dan bencana yang melanda
generasiku menjadi mangsa

dan ini bukan lg
seperti yg kau impikan
percaya kata ku

aku bimbangkan dunia
tiada cahaya ku terima
aku tentang segalanya
moga kau akan turut serta
di dunia

kuasa sementara
komunikasi tiada makna
dan tindak balas ego yg kuterima
tiada perasaan kecewa


dan ini bukan lg
seperti yg kau impikan
percaya kata ku

aku bimbangkan dunia
tiada cahaya ku terima
aku tentang segalanya
moga kau akan turut serta
di dunia kita

-Liyana Gani-
05-Jan-11
11.28pm

HuaItI LiYaNa!!!!

few weeks ago,aku memang down...down giler2 sb keje ngn org...psl keje aku suka klw aku bz sb sebabnya aku tak nak fikir or serabutkan otak aku fikir pasal 'orang'...aku lebey suka membzkan diri dgn keje  n spend time utk diri aku sndiri n famly aku escp klw ngn hafiz yusuf...rindu sgt2 kt hafiz yusuf...huhuhu


tanggungjawab keje skng makin tinggi,sejak x-colleague aku resign, banyk bnda nak kena handle n bnyk pendng report yg aku kena retrive balik raw data n review balik...tensen tp aku suka sb bnyk benda baru aku leh blajar...

"Each day learn something new,and just as important,relearn something old~Robert Brault"


Setiap hari aku bljar benda baru...even dlm frndship pun aku bljar benda baru.... 


Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.


need to be carefull in frndship....once aku da terluka,susah aku nak recover balik..aku boley maafkan apa yg org buat kt aku tp nak accept tht person balik,myb not....even aku ingt apa kebaikan yg dia da buat kt aku,aku bley terima dia biasa2 jer...nak lebey2 or mesra2...bullshit lah ;(


aku cuba recover balik bila aku da down tue,nasihat kwn aku esp 'poyak' bnyk bg nasihat kt aku...aku pun ada gak praktik beberapa benda...hahahaha..nie aku nak share beberapa tips utk bangun balik bila dah jatuh...esp bila dah rasa give up n rasa sgt2 saket hati



TIPS BINA SEMANGAT DIRI


1) Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri. Setiap org dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan msg2...cuma terpulang kpd individu itu sndiri utk mencari kelebihan diri sndiri...banyak cara boley dilakukan utk mencari kelebihan diri sendiri...explore sendirilah ;)

2) Tingkatkan pencapaian diri. Kadang-kala kita sendiri tidak pasti sama ada diri kita berkualiti atau sebaliknya...apa yang kita lakukan seharian langsung tidak memberikan sebarang faedah. Salah satu cara mudah untuk mengelakkan keadaan ini terus berlaku adalah dengan mencatat apa saja aktiviti ke dalam buku kecil atau diari. Setiap malam sebelum tidur, senaraikan perkara baik yang dilakukan pada hari tersebut...mungkin akan rasa terperanjat bila mendapati banyak perkara menarik dan berfaedah yang telah dilakukan sepanjang hari tersebut.

3) Beri hadiah untuk diri sendiri..hahaha...yg ni aku suka, sb aku slalu praktiskan kat diri aku...tidak ramai orang yang terfikir untuk melakukannya sekiranya anda berjaya melakukan sesuatu perkara yang mengembirakan..ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan berikan hadiah tertentu yang anda gemari. Sebenarnya ia dapat membantu meningkatkan lagi kenyakinan diri seseorang dan anda pasti akan lebih menghargai diri anda sendiri selepas ini.

4) Jaga diri sendiri... dan pastikan pemakanan sihat dan seimbang serta melakukan senaman. Apabila diri lebih sihat pastinya akan memberikan kuasa tambahan serta menambahkan rasa yakin diri.. juga akan merasa lebih gembira. Percayalah!

5)  
Sentiasa memaafkan orng...sifat positif yg terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, lawan kepada sifat pemarah dan pendendam dan bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf..apa yg aku buat,aku cuba maafkan org dgn mengingat kembali apa kebaikan org tersebut pada aku...ingt kebaikan jer...keburukan org tue,tolak tepi lah...insyaAllah
Jika sifat memaafkan diamalkan, insyaallah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain..sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Ni jelah yg aku cuba amalkan...aku pun dlm proses membaiki diri sendiri n belajar dr kesilapan... ;)
So,skrang aku da ok sket kot...aku habiskan masa dgn keje dan baca buku or comic yg aku suka...buku Diary of Whimpykids adalah penawar waktu mlm2 aku slain tengk movie...thanx 2 Ms Yew sb dia yg rekemankan buku tue...banyk buku2 aku yg aku nak khatam balik baca... ;)

-Liyana Gani-

*rindu sgt2 kat hafiz yusuf...huhuhuh ;(



chumel

chumel