Thursday, March 26, 2009

Masalah org bujang n single :p

Lumrah manusia.
Dari blm kawin tanya bila nak kawin. - lain tahun
Dah kawin ditanya bila nak ada anak. - Work under progress
Dah beranak pon ditanya bila nak menambah - On schedule
Kalo beranak rapat sgt pon org kepoh2 gak.... - murah rezeki...

Macam-macam...haihhhh

Tensen bila asyik ditanya pasal kawen3...

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau,baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa....haa...haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
(Takkan letihnya sampai bebila..)Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

Tuesday, March 24, 2009

physically abusive?love-is it hurts or not???

petikan dari The Star Sunday March 22 2009

Dalam hidup ni, kadang kala kita di atas,kadang kala kita di bawah....sama juga dalam percintaan...ada org beranggapan 'love is hurt', love is noble feeling,love is blind ,ada juga yg tak serik2 menburu cinta sejati, dan ada juga yg give up dalam percintaan.
what ever it is.....depend on the individual...
for me, very simple....jodoh telah ditetapkan oleh Allah S.W.T so kalau ada jodoh aku ngan penoreh getah ke,pemandu pilot ke, researcher ke, sapa2 ke aku terime ja...hehehehe (boleh ke aku terima...hahahaha )
lari dari topik plak

lately, banyak kes divorce yg kita dengar dan ada jugak kes abuse yg melibatkan suami isteri atau pun couple yg tengah hangat bercintan cinton.....

so.... ada beberapa tips for person who want to recognise samaada their spouse can 'transformer'(transform) become physically abusive...

1. adakah he(refer to men because majority of abuser adalah men or lelaki) pernah kurung kamu dalam bilik or not let you out or not let you hang out or contact your friends?
2. does he make gestures tht r aggressive such as raising hand or putting his hand over your mouth?
3. has he ever thrown anythng at you?
4. pernah tak dia hit the walls or slam the doors?
5. has he ever hit or hurt an animals?
6. has he ever restrained or held you down?
7. has he ever hit, shoved or hurt your parent or yourself?
8. adakah dia pernah talk with anger and swear frequently ?(boleh katogeri tht men a lier)
9. pernah tak dia menggugut or menggertak kamu?n
10. pernah tak dia kena dera semasa kecil or has he ever seen his mother or sister kena abuse semasa kecil?

sooo...kalau nak lari dari org yg memiliki ciri2 ini, larilah sekarang....larilah sekuat2 hati n no turning back....do not look back

Tuesday, March 10, 2009

Hargailah org yg kita sayang....

Pedoman berkasih sayang
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... Cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...Yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akanmenyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal"apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"

chumel

chumel